Wednesday, June 17, 2015

Majlis Perpisahan Datin Rusamelia Rusland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah hampir 5 tahun menemani suami, TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin Omar, dan menggalas jawatan Pengerusi Perwakilan Moscow (selama 5 sesi), tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada yang kami kasihi, YBhg. Datin Rusamelia Rusland, yang akan pulang ke tanahair pada minggu pertama Julai ini.





Majlis Perpisahan khas telah diadakan pada Sabtu 13 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, dengan bertemakan "Arabic @ Arabian Nights" atas permintaan Datin.

Yang diraikan, YBhg. Datin Rusamelia.
 

Aturcara majlis telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn. Fauzana dan ianya dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pn. Mahdalela.

Bacaan Doa Selamat oleh Pn. Mahdalela.

Seterusnya majlis telah menjemput Madam Patricia, selaku Naib Pengerusi Perwakilan Moscow untuk menyampaikan ucapan beliau dan diikuti pula ucapan yang menyentuh perasaan dari YBhg. Datin Rusamelia.

Madam Patricia memberikan ucapan.

Datin Amy menyampaikan amanat terakhir beliau.

Cenderahati @ hadiah kenangan dari Perwakilan Moscow disampaikan oleh
Madam Patricia kepada YBhg. Datin.




Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir kerana sudi menyediakan juadah pada petang itu dan juga kerana bersusah-payah menghias ruang dewan mengikut tema.

Akhir kata, salam perpisahan daripada kami semua ahli Perwakilan Moscow dan kami doakan yang terbaik untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.