Wednesday, April 29, 2015

Photography Workshop

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bengkel fotografi "Basic Photography for Beginners" telah berlangsung pada Sabtu 25 April 2015 dari jam 2.30 petang hingga 5 petang di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Bengkel ini terbuka kepada mana-mana ahli Perwakilan Moscow yang berminat dan juga kepada ahli keluarga.

Pn. Nadia berucap membuka majlis.
Penuh minat dan konsentrasi!

Tiga orang “guru fotografi” dari Inspired Photo Experience (http://photoexperience5.wix.com/inspired) telah dijemput untuk menjalankan bengkel ini iaitu Sdr. Mohamad Firdaus Ramle, Sdr. Syukor Aizzat dan Sdr. Abdul Mukmin.

Firdaus Ramle
Program bengkel terbahagi kepada 2 sesi: teori dan praktikal. Sdr. Firdaus, yang juga merupakan pengasas Oxpicture (http://fidaoh.wix.com/oxpicture), telah berkongsi ilmu berkaitan asas-asas fotografi termasuk dari jenis-jenis kamera yang ada di pasaran hinggalah kepada teknik-teknik yang perlu diketahui dalam fotografi.




Dalam sesi kedua, para peserta diberi peluang untuk cuba mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari dengan kamera masing-masing di luar bangunan. Alhamdulillah, dengan cuaca yang begitu baik, ia menjadi pengalaman yang amat menyeronokkan!

Syukor (kiri) dan Mukmin (kanan)




Di akhir bengkel, setiap peserta menerima sijil penyertaan dan Perwakilan Moscow juga turut menyampaikan cenderahati kepada Firdaus dan rakan-rakan sebagai tanda penghargaan.


SYABAS kepada para peserta. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat.


Sekian.


No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.