Monday, March 23, 2015

Coffee Morning in Denims

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada Sabtu 21 Mac 2015, telah berlangsung majlis Coffee Morning di кафе чайхана (Kafé Chai-kha-na) yang dihoskan secara berkumpulan oleh 7 orang ahli Perwakilan Moscow, iaitu Madam Patricia, Pn. Norlis, Pn. Jarin, Pn. Hadiyana, Pn. Fauzana, Pn. Khairunnisa dan Pn. Syila.


Majlis santai yang bertemakan "Denim" itu bermula kira-kira pada jam 11.30 pagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datin Rusamelia Rusland dan diikuti ucapan oleh Pn. Hadiyana Md. Yatim mewakili pihak hos.
Y.Bhg. Datin Rusamelia
Ucapan pembuka majlis dari pihak hos.
Pelbagai aturcara telah disusun seperti cabutan hadiah dan juga games.

Hadiah melalui panggilan telefon.
Telefon Rosak!
Pertandingan nyanyian "mbekk" berkumpulan.

Hadiah turut disediakan untuk pemenang-pemenang "Best Coffee Morning Host" dan "Best Dress".
Pn. Noraini menang Best Dress & Pn. Ilham menang Best Host!

Pn. Rohaya menang hadiah kerana sebungkus Mentos..hehe

Aunties Julie & Ilham dapat hadiah sebab paling sporting menyanyi...
 our darling Lelia dapat hadiah the youngest member!

TAHNIAH kepada semua pemenang!!

Mdm. Patricia
Setiap hos turut menerima cenderahati daripada Perwakilan Moscow yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin.


Pn. Jarin, Pn. Norlis, Pn. Hadiyana

Pn. Nisa, Pn. Nana, Pn. Syila

Majlis bersurai kira-kira jam 2 petang.

Alhamdulillah...tiada seorang pun yang pulang dengan tangan kosong.

Terima kasih kepada puan-puan hos dan semua ahli yang hadir.

We had a blast!

Sekian.




No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.