Saturday, March 14, 2015

Mesyuarat Perwakilan Bil.1 2015/2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mesyuarat Perwakilan Moscow yang pertama bagi sesi 2015/2016 telah diadakan pada Khamis 5 Mac 2015 yang lalu di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow.

  
 
Tema pada kali ini adalah “Spring” walaupun di luar sana salji masih di mana-mana dan cuaca tidak menunjukkan tanda-tanda ‘ketibaan lebih awal’ musim yang kami nanti-nantikan itu.



Walaubagaimanapun, ahli-ahli Perwakilan Moscow tetap ceria bermesyuarat dan diserikan pula dengan juadah enak yang dihidangkan oleh Kumpulan A. 
Terima kasih Kumpulan A!

 
Mesyuarat pertama ini antara lain membincangkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh AJK untuk sepanjang sesi 2015/2016 ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.