Saturday, March 14, 2015

AGM 2015/2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Perwakilan Moscow bagi Sesi 2015/2016 telah pun diadakan pada hari Khamis 12 Februari 2015 yang lalu, di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin bin Omar, yang juga merupakan Penaung Perwakilan Moscow.  


Upacara perasmian telah diserikan dengan acara memotong pulut ‘hijau’ bersempena dengan tema pada kali ini iaitu pakaian kebangsaan berwarna hijau.

 
TAHNIAH diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru dilantik bagi sesi 2015/2016 dan TERIMA KASIH kepada AJK sesi 2014/2015 atas khidmat yang telah diberikan sepanjang sesi yang lalu. Semoga AJK yang baru dapat meneruskan kesinambungan dan memberikan kerjasama sebaik mungkin.

  
Seperti biasa, Mesyuarat Agung ini diakhiri dengan upacara pertukaran hadiah di antara ahli-ahli Perwakilan dan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Perwakilan Moscow, YBhg. Datin Rusamelia Rusland.

Akhir kata, semoga tahun 2015 akan mendatangkan lebih manfaat dan keceriaan kepada Perwakilan Moscow.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.