Thursday, March 28, 2013

AGM 2013/2014


Setahun berlalu dan kini tibalah masanya untuk melantik AJK PERWAKILAN Moscow yang baru bagi merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik bagi sesi 2013/2014.

Alhamdulillah, masa yang ditunggu telahpun tiba di mana pada 5 Mac 2013 (Selasa), jam 10 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia Moscow telahpun berlangsung Mesyuarat Agung PERWAKILAN Moscow Sesi 2013/2014 dengan bertemakan "batik".



 


Mesyuarat Agung ini telah diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh Penasihat PERWAKILAN Moscow  iaitu YBhg. Dato' Zainol Abidin Omar dan disertakan dengan upacara memotong pulut kuning.





Sebagai penutup kepada Mesyuarat Agong ini, majlis pertukaran hadiah diantara ahli-ahli PERWAKILAN telah diadakan.



Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang telah dilantik dan terima kasih kepada semua AJK lama yang telah berjaya merancang dan menjalankan semua aktiviti dengan jayanya.



No comments:

Post a Comment

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.