Wednesday, June 17, 2015

1 Ramadhan 1436H


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Selamat menyambut bulan yang penuh rahmat dan barokah.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Kepada sekalian ahli Perwakilan Moscow dan rakan-rakan di serata dunia.

InsyaAllah kami di Moscow juga akan mula berpuasa pada Khamis 18 Jun 2015.

Semoga Allah menerima puasa kita dan ibadah yang lain sepanjang Ramadhan ini.
Aamiiin

Majlis Perpisahan Datin Rusamelia Rusland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Setelah hampir 5 tahun menemani suami, TYT Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Zainol Abidin Omar, dan menggalas jawatan Pengerusi Perwakilan Moscow (selama 5 sesi), tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada yang kami kasihi, YBhg. Datin Rusamelia Rusland, yang akan pulang ke tanahair pada minggu pertama Julai ini.





Majlis Perpisahan khas telah diadakan pada Sabtu 13 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow, dengan bertemakan "Arabic @ Arabian Nights" atas permintaan Datin.

Yang diraikan, YBhg. Datin Rusamelia.
 

Aturcara majlis telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pn. Fauzana dan ianya dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Pn. Mahdalela.

Bacaan Doa Selamat oleh Pn. Mahdalela.

Seterusnya majlis telah menjemput Madam Patricia, selaku Naib Pengerusi Perwakilan Moscow untuk menyampaikan ucapan beliau dan diikuti pula ucapan yang menyentuh perasaan dari YBhg. Datin Rusamelia.

Madam Patricia memberikan ucapan.

Datin Amy menyampaikan amanat terakhir beliau.

Cenderahati @ hadiah kenangan dari Perwakilan Moscow disampaikan oleh Madam Patricia kepada YBhg. Datin.


Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir kerana sudi menyediakan juadah pada petang itu dan juga kerana bersusah-payah menghias ruang dewan mengikut tema.

Akhir kata, salam perpisahan daripada kami semua ahli Perwakilan Moscow dan kami doakan yang terbaik untuk YBhg. Datin sekeluarga. Semoga persahabatan yang terbina berkekalan dan berpanjangan.

Forget Us Not, Datin.
All The Best In Your New Venture.

You'll Be Missed.

Sekian.

Mesyuarat Perwakilan Bil.2 2015/2016 & Farewell Pn. Azlia Nadia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Perwakilan Moscow telah mengadakan mesyuarat kedua bagi sesi ini pada Jumaat 12 Jun 2015 di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Antara agenda perbincangan adalah persiapan untuk menyambut bulan puasa yang akan bermula pada 18 Jun 2015.


Di samping mesyuarat, turut diadakan Majlis Perpisahan untuk Pn. Azlia Nadia, isteri kepada En. Hafiz Shariff, Assistant Trade Commissioner MATRADE, yang mendapat cross-posting ke Johannesburg, Afrika Selatan, dalam tempoh 2 minggu ini.

Yang diraikan.

Tema majlis ini adalah "All About That Blings" atas pilihan Pn. Nadia sendiri.


Makanan telah disedian secara potluck oleh para ahli yang hadir. Terima kasih atas kerjasama semua.


Perwakilan Moscow dengan ini merakamkan Salam Perpisahan kepada Pn. Nadia. Kami doakan yang terbaik bagi Puan sekeluarga di tempat baru. Semoga hubungan persahabatan berpanjangan.

Keep In Touch & Take Care, Nadia.
You'll Be Missed.

Sekian.

Tuesday, May 12, 2015

Kunjungan Ke Rumah Pn. Nisa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cuti umum semalam, Isnin 11 Mei 2015, telah dimanfaatkan oleh YBhg. Datin Rusamelia Rusland bersama beberapa ahli Perwakilan Moscow untuk menziarahi Pn Nisa di rumah beliau di Stasovoy.

Pn Nisa kini sedang bercuti rehat dan berpantang setelah selamat melahirkan baby boy pada 29 April yang lalu.



Putera sulong Pn Nisa dan suaminya, Syairul Nazmi, ini telah diberi nama Muhammad Khairien Nazran.


TAHNIAH sekali lagi daripada Perwakilan Moscow.

Sekian.

Thursday, April 30, 2015

New Moscow Baby!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah. Salah seorang ahli Perwakilan Moscow iaitu Pn. Khairrunnisa Hamdan telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki (berat 3.77kg) pada Rabu 29 April 2015 jam 6.10 petang di Perinatal Medical Centre, Moscow.

TAHNIAH NISA & SYAIRUL!!


Wednesday, April 29, 2015

Photography Workshop

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bengkel fotografi "Basic Photography for Beginners" telah berlangsung pada Sabtu 25 April 2015 dari jam 2.30 petang hingga 5 petang di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia, Moscow. Bengkel ini terbuka kepada mana-mana ahli Perwakilan Moscow yang berminat dan juga kepada ahli keluarga.

Pn. Nadia berucap membuka majlis.
Penuh minat dan konsentrasi!

Tiga orang “guru fotografi” dari Inspired Photo Experience (http://photoexperience5.wix.com/inspired) telah dijemput untuk menjalankan bengkel ini iaitu Sdr. Mohamad Firdaus Ramle, Sdr. Syukor Aizzat dan Sdr. Abdul Mukmin.

Firdaus Ramle
Program bengkel terbahagi kepada 2 sesi: teori dan praktikal. Sdr. Firdaus, yang juga merupakan pengasas Oxpicture (http://fidaoh.wix.com/oxpicture), telah berkongsi ilmu berkaitan asas-asas fotografi termasuk dari jenis-jenis kamera yang ada di pasaran hinggalah kepada teknik-teknik yang perlu diketahui dalam fotografi.




Dalam sesi kedua, para peserta diberi peluang untuk cuba mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari dengan kamera masing-masing di luar bangunan. Alhamdulillah, dengan cuaca yang begitu baik, ia menjadi pengalaman yang amat menyeronokkan!

Syukor (kiri) dan Mukmin (kanan)




Di akhir bengkel, setiap peserta menerima sijil penyertaan dan Perwakilan Moscow juga turut menyampaikan cenderahati kepada Firdaus dan rakan-rakan sebagai tanda penghargaan.


SYABAS kepada para peserta. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat.


Sekian.


Sunday, April 12, 2015

Memborong Kristal di Gus-Khrustalny

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Pada Sabtu 11 April 2015, Perwakilan Moscow telah membuat kunjungan ke Gus-Khrustalny untuk memborong barangan kristal di sana.
  
Gus-Khrustalny adalah sebuah pekan kecil di Vladimir Oblast yang terletak kira-kira 190km ke timur Moscow. Ia memang terkenal dengan perusahaan kristal sejak abad ke-18 lagi. Oleh itu, barangan kristal yang dijual di sini amat rendah harganya (berkali-kali ganda) jika dibandingkan dengan yang dijual di Malaysia atau di tempat lain.

Rombongan seramai 19 orang ini turut disertai TYT Dato' Zainol Abidin Omar dan YBhg. Datin Rusamelia Rusland. 

Bas yang dinaiki telah bertolak seawal jam 4 pagi dari Kedutaan Malaysia dan tiba di Gus-Khrustalny pada kira-kira jam 8.30 pagi. 

  
Pelbagai barangan kristal yang bermacam bentuk, warna dan kegunaan boleh didapati di sini. Antara yang menarik ialah lampu chandelier, gelas, jug, mangkuk, vase, dan lain-lain. Memang merambang mata!!


Setelah penat memborong, kami bertolak pulang dari рынок (ri-nak atau pasar) kristal pada jam 2 petang tetapi singgah di sebuah kawasan tasik untuk makan tengahari terlebih dahulu. Seterusnya bas bergerak meneruskan perjalanan pulang dan selamat tiba di Kedutaan Malaysia pada kira-kira jam 6.15 petang.


  

SYABAS diucapkan kepada AJK Sosial & Kebajikan kerana telah berjaya menjalankan aktiviti ini.

Biarpun penat namun setiap ahli rombongan pastinya berpuas hati dengan ‘hasil tangkapan’ masing-masing.

Sekian.

Maklum Balas & Pertanyaan

Terima kasih kerana berkunjung ke blog PERWAKILAN Moscow. Kami mahu memastikan blog ini berguna dan berinformasi sebaik mungkin. Komen anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu penyampaian maklumat dan info sedia ada. Sebarang komen, pendapat dan pertanyaan boleh di salurkan kepada perwakilanmoscowrussia@gmail.com.